Laporan awal Pendaftaran Keradangan Artritis Kebangsaan
(NIAR) pada 2010 melaporkan, hanya 3.9 peratus penggunaan biologi untuk rawatan
artritis reumatoid (RA).
Satu laporan Persatuan Reumatologi Malaysia menunjukkan
keseluruhan perbelanjaan ubat-ubatan pada 2005 untuk rawatan penyakit
keradangan serta reumatik berjumlah RM50.7 juta pada kedudukan kelima dalam
kumpulan ubat-ubatan yang paling preskripsi dan membentuk 7.8 peratus daripada
40 teratas ubat-ubatan yang diberi preskripsi di Malaysia.
Di Eropah, lebih 2.9 juta penduduknya mengalami RA di mana
mereka adalah individu yang bekerja. Secara keseluruhan, setiap tiga individu
dengan RA tiada upaya untuk bekerja manakala 40 peratus pula terpaksa berhenti
kerja selepas lima tahun.
Perunding Reumatologi, Ramsay Sime Darby Medical Centre, Dr
Raveendran Ramachandran berkata, sehingga kini punca penyakit itu masih gagal
dikesan.
“RA adalah penyakit auto imun yang berlaku apabila sistem
imun badan mengalami kecelaruan dan mula menyerang sendi pesakit sehingga boleh
menyebabkan kerosakan. Sistem imun badan menyerang mana-mana sendi pesakit,
terutama pada pergelangan tangan dan kaki,lutut serta semua jari.
“Serangan sistem imun berterusan boleh menyebabkan sendi
mengalami keradangan, bengkak dan rosak sehingga mengubah bentuk asal anggota
pada sendi berkenaan. Serentak itu juga, ia menyerang organ lain seperti
paru-paru, salur darah dan sistem saraf,” katanya ketika ditemui pada
pelancaran Remsima antibodi monoklonal biosimilar yang memberi akses lebih baik
bagi pesakit RA di Malaysia, baru-baru ini.
Menurut Dr Raveendran, kesedaran dan pengetahuan mengenai RA
masih rendah. Lazimnya pesakit tidak menghiraukan gejala penyakit itu kerana
menyangka ia sakit sendi biasa. Mereka hanya mendapatkan rawatan apabila sakit
semakin teruk.
“Kali pertama mendengar penyakit ini, mungkin ramai beranggapan
ia sakit biasa disebabkan peningkatan usia. Bagaimanapun, tanggapan itu tidak
benar kerana RA menyerang sesiapa saja, tidak kira peringkat usia juga
kanak-kanak dan bayi.
“Individu dengan artritis akan mengalami kesakitan, bengkak
dan kejang pada sendi, terutama di tangan, kaki dan lutut. Sebagai tambahan
pada simptom menyakitkan dan kesan seterusnya terhadap keselesaan hidup, RA
adalah penyakit jangka panjang yang membebankan pesakit dari segi ekonomi,”
katanya.
Dianggarkan lima daripada 1,000 individu di Malaysia dan 23.7
juta individu di seluruh dunia menghidap RA. Ia penyakit serius dan progresif
yang boleh menyebabkan kerosakan sendi yang tidak boleh dipulihkan.
Meskipun RA boleh menyerang semua peringkat umur, ia biasa
berlaku pada lingkungan umur 40 hingga 70 tahun serta menyerang dua hingga tiga
kali lebih ramai wanita berbanding lelaki.
Pesakit RA mempunyai taraf fungsi lebih teruk daripada mereka
yang mempunyai osteoartitis dan kira-kira enam kali lebih berkemungkinan untuk
menanggung caj perubatan berbanding mereka yang tidak mempunyai artritis.
Sendi diserang mengalami kerosakan dalaman dan sekitar
tulang. Tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini. Pesakit
memerlukan rawatan yang bukan hanya untuk menangani kesakitan dan keradangan,
juga mengekang proses perkembangan penyakit.
Lebih teruk lagi, RA juga dikaitkan dengan penyakit lain
termasuk penyakit kardiovaskular, jangkitan kuman dan masalah kesihatan mental.
Perunding Reumatologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Chow Sook
Khuan pula berkata, antara simptom RA ialah sakit pada sendi terutama jari,
sendi bengkak dan terasa panas apabila disentuh.
“Pesakit juga akan mengalami masalah berjalan atau berjalan
berdengkot akibat sakit sendi selain sendi menjadi kaku terutama ketika bangun
tidur atau selepas lama berehat.
“Pesakit juga akan me–ngalami demam, penat, sakit badan,
turun berat badan serta mendapat ruam. Antara faktor yang meningkatkan risiko
terhadap RA seperti merokok, berat badan berlebihan, keturunan dan
usia,”katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar LF Asia (M) Sdn Bhd, Raymond
Wong berkata, apabila semakin ramai penghidap penyakit kronik sepertii RA,
pihaknya berbangga untuk memperkenalkan rawatan yang lebih efektif.
“Dengan pelancaran Remsima, kami menyambut baik potensi penjimatan
kos untuk sistem penjagaan kesihatan awam. Penggunaan biosimilar membantu
meningkatkan akses pesakit kepada rawatan biologik serta membolehkan pesakit
menerima rawatan awal bagi penyakit mereka.
“Bahan aktif dalam Remsima adalah infliximab yang direka
untuk melekat kepada nekrosis tumor faktor alpha (TNF alpha) menyebabkan
keradangan dan ditemui dalam paras tinggi pada pesakit yang disasarkan oleh
Remsima.
“Ujian klinikal menunjukkan perbandingan yang setanding dari
segi kualiti, keselamatan serta keberkesanan antara Remsima dengan infliximab
yang berlesen,” katanya.
UNTUK RAWATAN ALTERNATIF
DENGAN HANYA MODAL KECIL
ANDA BOLEH KEKAL SIHAT SEPANJANG MASA
WHATSAPP
TEETA
010 794 8327