Khamis, 4 Februari 2016

KERADANGAN ARTRITIS


Laporan awal Pendaftaran Keradangan Artritis Kebangsaan (NIAR) pada 2010 melaporkan, hanya 3.9 peratus penggunaan biologi untuk rawatan artritis reumatoid (RA).
Satu laporan Persatuan Reumatologi Malaysia menunjukkan keseluruhan perbelanjaan ubat-ubatan pada 2005 untuk rawatan penyakit keradangan serta reumatik berjumlah RM50.7 juta pada kedudukan kelima dalam kumpulan ubat-ubatan yang paling preskripsi dan membentuk 7.8 peratus daripada 40 teratas ubat-ubatan yang diberi preskripsi di Malaysia.
Di Eropah, lebih 2.9 juta penduduknya mengalami RA di mana mereka adalah individu yang bekerja. Secara keseluruhan, setiap tiga individu dengan RA tiada upaya untuk bekerja manakala 40 peratus pula terpaksa berhenti kerja selepas lima tahun.
Perunding Reumatologi, Ramsay Sime Darby Medical Centre, Dr Raveendran Ramachandran berkata, sehingga kini punca penyakit itu masih gagal dikesan.
“RA adalah penyakit auto imun yang berlaku apabila sistem imun badan mengalami kecelaruan dan mula menyerang sendi pesakit sehingga boleh menyebabkan kerosakan. Sistem imun badan menyerang mana-mana sendi pesakit, terutama pada pergelangan tangan dan kaki,lutut serta semua jari.
“Serangan sistem imun berterusan boleh menyebabkan sendi mengalami keradangan, bengkak dan rosak sehingga me­ngubah bentuk asal anggota pada sendi berkenaan. Serentak itu juga, ia menyerang organ lain seperti paru-paru, salur darah dan sistem saraf,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Remsima antibodi monoklonal biosimilar yang memberi akses lebih baik bagi pesakit RA di Malaysia, baru-baru ini.
Menurut Dr Raveendran, kesedaran dan pengetahuan mengenai RA masih rendah. Lazimnya pesakit tidak menghiraukan gejala penyakit itu kerana menyangka ia sakit sendi biasa. Mereka hanya mendapatkan rawatan apabila sakit semakin teruk.
“Kali pertama mendengar penyakit ini, mungkin ramai beranggapan ia sakit biasa disebabkan peningkatan usia. Bagaimanapun, tanggapan itu tidak benar kerana RA menyerang sesiapa saja, tidak kira peringkat usia juga kanak-kanak dan bayi.
“Individu dengan artritis akan mengalami kesakitan, bengkak dan kejang pada sendi, terutama di tangan, kaki dan lutut. Sebagai tambahan pada simptom menyakit­kan dan kesan seterusnya terhadap keselesaan hidup, RA adalah penyakit jangka panjang yang membebankan pesakit dari segi ekonomi,” katanya.
Dianggarkan lima daripada 1,000 individu di Malaysia dan 23.7 juta individu di seluruh dunia menghidap RA. Ia penyakit serius dan progresif yang boleh menyebabkan kerosakan sendi yang tidak boleh dipulihkan.
Meskipun RA boleh menyerang semua peringkat umur, ia biasa berlaku pada lingkungan umur 40 hingga 70 tahun serta menyerang dua hingga tiga kali lebih ramai wanita berbanding lelaki.
Pesakit RA mempunyai taraf fungsi lebih teruk daripada mereka yang mempunyai osteoartitis dan kira-kira enam kali lebih berkemungkinan untuk menanggung caj perubatan berbanding mereka yang tidak mempunyai artritis.
Sendi diserang mengalami kerosakan dalaman dan sekitar tulang. Tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini. Pesakit memerlukan rawatan yang bukan hanya untuk menangani kesakitan dan keradangan, juga mengekang proses perkembangan penyakit.
Lebih teruk lagi, RA juga dikaitkan dengan penyakit lain termasuk penyakit kardiovaskular, jangkitan kuman dan masalah kesihatan mental.
Perunding Reumatologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Chow Sook Khuan pula berkata, antara simptom RA ialah sakit pada sendi terutama jari, sendi bengkak dan terasa panas apabila disentuh.
“Pesakit juga akan mengalami masalah berjalan atau berjalan berdengkot akibat sakit sendi selain sendi menjadi kaku terutama ketika bangun tidur atau selepas lama berehat.
“Pesakit juga akan me–ngalami demam, penat, sakit badan, turun berat badan serta mendapat ruam. Antara faktor yang meningkatkan risiko terhadap RA seperti merokok, berat badan berlebihan, keturunan dan usia,”katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar LF Asia (M) Sdn Bhd, Raymond Wong berkata, apabila semakin ramai penghidap penyakit kronik sepertii RA, pihaknya berbangga untuk memperkenalkan rawatan yang lebih efektif.
“Dengan pelancaran Remsima, kami menyambut baik potensi penjimatan kos untuk sistem penjagaan kesihatan awam. Penggunaan biosimilar membantu meningkatkan akses pesakit kepada rawatan biologik serta membolehkan pesakit menerima rawatan awal bagi penyakit mereka.
“Bahan aktif dalam Remsima adalah infliximab yang direka untuk melekat kepada nekrosis tumor faktor alpha (TNF alpha) menyebabkan keradangan dan ditemui dalam paras tinggi pada pesakit yang disasarkan oleh Remsima.

“Ujian klinikal menunjukkan perbandingan yang setanding dari segi kualiti, keselamatan serta keberkesanan antara Remsima dengan infliximab yang berlesen,” katanya.








UNTUK RAWATAN ALTERNATIF

DENGAN HANYA MODAL KECIL
ANDA BOLEH KEKAL SIHAT SEPANJANG MASA


WHATSAPP
TEETA
010 794 8327


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan